Friday 22 April 2011

10 kesilapan soalan dan percakapan dalam memikat wanita.

1)"berapa orang udah anak?",i mean waddahek! Its obvious bini2 atu bujang.

2)"kaka ani tinggal di mana?"-excuse me?mukamu atu inda jua muda! I mean kalau nampak bini2 atu muda dari tani jangan tah d panggil kaka. Tantu jua kali. Lain lah kalau bisnes kah apa.

3)"ko ani inda pulang lawa,tapi suka jua ku kan kau"- what?!can you just shut up?kenapa inda ckp aku suka ko seadanya?

4)"dadamu basar ah,kenapa ya basarkan?" -f*** off!

5)"gila eh,nyaman bibirmu sama punggungmu"- mmbah..

6)"kenapa inda mau beboyfriendkan?lesbian ko kah?" - (=.=')

7)aku liat ko ni macam orang beranak udah dari segi bentuk badanmu sma caramu bejalan," -apa?!!alum jua bini2 atu kawin,be boyfriend pun inda!! Kenapa ko ani?tampar tia kali!

8)"psst..psst..pewitt pewitt!*buat bunyi tikus*" -eh!kenapa ko?pikir bini2 ani 'pet' mu?

9)"eh!minta nombormu bah,fbmu bah,eh mendangar ko kah?! Tuli kah ko ni,bh kas tah," -mendengar kami ganya INDA PAYAH TAH BERTERIAK,JANGAN DIPAKSA,kana bgi penampar free kang!

10)"hi,bleh knalan?ahax kiot jua u ani,membari me kn mecium..cium eh sikit.." -cakap pun inda guna!

P/s: apa ayat paling panat masa orang mengurat@mengacau kamu

Tuesday 12 April 2011

Hitotsu dake(only one) (=.=)

Nadz mengipas tubuhnya yang kepanasan sambil duduk di kerusi kaunter pertanyaan pusat pelancongan,tidak lama kemudian Mai muncul membawa makanan dari 'Ideal'. "wah!sedapnya.." kata Nadz lalu mereka pun makan sambil bercerita mengenai selebriti Jepun yang menjadi pujaan hati Nadz. Mai tersengih-sengih mendengar cerita Nadz yang penuh dengan fantasi. "aku suka lelaki seperti Takuya Kimura. Awak pula suka lelaki berbangsa apa?" tanya Nadz. "hmm..aku suka lelaki yang..entah.." balas Mai. Tiba-tiba datang seorang lelaki setinggi 180 cm berdiri di hadapan mereka,"sorry,can you explain to me about this address. Im not familiar with Brunei area,this my 1st time coming here," terang lelaki Jepun tersebut dengan bahasa Inggeris yang agak pelat. Ternganga mulut Nadz dan Mai melihat lelaki Jepun itu,tambahan lagi wajah lelaki itu seiras Takuya selebriti kesayangan. "wha..what..is your game?no i mean name?" tanya Nadz yang janggal. "my name is Takeshi," jawab Takeshi sambil mencapai tangan Nadz lalu menyalamnya. Wajah Nadz menjadi merah dan panas tatkala jemari lelaki itu menyentuh kulitnya. Mai yang menjadi saksi terus meleraikan tangan mereka berdua. "sorry but no touching okay," kata Mai dengan wajah serius.

Setelah lelaki Jepun tersebut memberitahu akan tujuannya datang adalah untuk mencari seseorang,tetapi kerana dompetnya telah hilang dan yang tinggal hanyalah paspot,pakaian dan duit $100 namun itu tidak cukup untuk menyewa hotel. Mai memandang wajah Takeshi lalu berkata,"you should report this to the police,not us..", Takeshi tunduk hampa. "its okay.." kata Nadz yang tiba-tiba bersuara. "you can stay with us until you find the person that you are looking for," sambungnya lagi,"what?eh! Apa?" kata Mai, wajah Takeshi kembali ceria lalu beterima kasih. Mai yang sangat bengang dengan sikap Nadz itu cuma menggeleng-geleng kepala.

Setibanya mereka di flat, Hanna yang sedang minum kopi terus tersembur air di mulutnya apabila melihat lelaki Jepun yang 'hot' memasuki ruang tamu mereka,"who are you?!" jerit Hanna lalu mencapai dan memukul Takeshi dengan patung Doraemon milik Nadz. "ah!help!" jerit Takeshi. Nisa terus keluar dari biliknya apabila mendengar jeritan di bilik tamu, "Oh my God!" jerit Nisa lalu berlari ke arah Hanna dan terus membantunya sambil dipijak-pijaknya tubuh Takeshi. "Nisa!Hanna! Hentikan,dia adalah tetamu kita!" jerit Nadz. "Astaghfirullah!" mengucap Mai melihat situasi tersebut. Hanna dan Nisa terus berhenti lalu meminta maaf. "ini ialah Takeshi,dia adalah tetamu kita dan dia akan tinggal di sini sebagai 'house mate' kita kerana dompetnya telah hilang dan tidak mampu menyewa hotel so please be nice," terang Nadz kepada mereka berdua yang masih terkial-kial. "phwhat!? Really?" Kata Hanna, "so..dia akan tinggal sebagai orang gaji?" tanya Nisa, "that's a brilliant idea," kata Hanna. "we dont have to do chores anymore," sambung Hanna. "aku tidak perlu membasuh pinggan lagi?baguslah!" kata Mai riang. "oh wait..dont you think kita sedang menyalahi undang-undang?" tanya Hanna. "awak kan peguam,kami tidak tahu apa-apa pun," kata Nadz,Nisa dan Mai serentak. "oh Tuhan,kenapa aku ada kawan-kawan begini? I love you guys," kata Hanna. Takeshi kehairanan melihat kerenah gadis-gadis tersebut ditambah lagi dengan bahasa mereka yang berbeza.

Setelah selesai memakan makanan malam yang dimasak oleh Hanna,mereka pun berkumpul di ruang tamu. "from now on,you'll live here with us as our servant," kata Mai. "you just have to do dishes,sweep the floor,and everything on this list. Your room is that sofa.." kata Nisa, "here you go," kata Hanna sambil menyerahkan kertas. "you dont have a robot to do your chores?like in Japan..." kata Takeshi. "aww..but we live in Brunei..sorry handsome.." kata Nisa lalu mereka pun menuju ke bilik masing-masing. "dont worry Takeshi,they'll help you to find her or him.." kata Nadz sambil menyerah selimut dan bantal. "thank you Nadz.." balas Takeshi sambil memegang bahu Nadz. Wajah Nadz yang putih menjadi merah kerana malu. "Ta..Takeshi.." kata Nadz sambil merenung bibir Takeshi. "yes..Nadz?" balas Takeshi lembut. "ehem..ehem,tidur!tidur!" kata Mai kepada Nadz. Bergegas Nadz berdiri meninggal Takeshi lalu masuk ke dalam biliknya.

Takeshi terbongkok mencuci baju,berpeluh dia menjemur pakaian. Setelah selesai membuat kerja dia pun duduk di atas "katil"nya. Dia tidak menyangka yang kehidupan di Brunei sungguh manual lalu terlelaplah Takeshi dengan mimpi indahnya. "hello?Takeshi..Takeshi wake up.." kata Nisa dengan perlahan. Takeshi terkejut sambil menjerit, "baka!!" lalu kembali berbaring. Nisa yang agak tercabar terus mencapai penyembur air lalu menyemburkannya ke muka Takeshi. Takeshi terus terbangun lalu mengelap mukanya. "jom eat," kata Nisa selamba.

"Sushi..i love sushi," kata Takeshi dengan girang. Nisa hanya senyum sambil memandang Takeshi dengan senyuman kambingnya. "why are you looking at me like that?" tanya Takeshi. Setelah mereka tiba ke mall,Takeshi memandang Nisa dengan wajah sugul. Are you sure about this?" tanya Takeshi, "jom lets go," kata Nisa. Rupa-rupanya ada Mai bersama seorang lelaki seakan sedang bergaduh,kemudian mereka bergegas ke 'food court' dan ada seorang lelaki itu melihat ke arah mereka dengan wajah yang marah lalu memandang semula ke arah Mai,"Mai,please aku mencintai awak..aku mahu awak menjadi teman wanitaku,please.." kata lelaki itu sambil menarik lengan Mai yang kurus dengan kuat sehingga menjadi kebiruan. Nisa memberi isyarat kepada Takeshi untuk memulakan rancangan mereka. Takeshi yang terpaksa terus memulakan sandiwara,"what are you doing?stay away from my fiancee," kata Takeshi ala-ala 'kenji' di dalam filem 'crows zero'. Lelaki tadi ketakutan melihat wajah Takeshi seakan yakuza,membuat lelaki itu berlari anak menuju lif. Nisa berjalan menuju ke arah Mai lalu menepuk bahu Takeshi. "Mai,awak okay?" tanya Nisa. Mai terus menangis sambil diperhatikan oleh Takeshi dan Nisa. Hati Takeshi tersentuh melihat situasi tersebut,wanita-wanita di hadapannya memang memerlukan bantuan dari lelaki sepertinya. Takeshi kemudian membeli 3 botol air kosong untuk mereka. "kalau lelaki itu semakin melampau,awak beritahu sahaja pada kami.."kata Nisa menenangkan Mai.

Setelah meletakkan kereta di tempat yang disediakan,Hanna dan Nadz menghampiri Mai. "awak okay?" tanya Hanna dan Nadz. Mai mengangguk perlahan,"kita saman lelaki itu ramai-ramai," kata Nisa disokong oleh Nadz dengan suara kartun mereka. Takeshi ketawa melihat kelakuan mereka,walaupun dia tidak memahami bahasa melayu tetapi dia tahu ianya memang lucu. Tiba-tiba Nadz terjatuh ke dalam longkang,mereka semua berteriak seperti anak dara belasan tahun. Nadz cuba untuk berdiri tetapi terjatuh kesakitan. Takeshi segera mengendong Nadz,"mungkin terseliuh agaknya," kata Nisa,"or patah?" kata Hanna lalu mereka berteriak lagi bergegas menyuruh Takeshi menuju ke arah kereta.

Di hospital,doktor mengatakan bahawa kaki Nadz cuma terseliuh. Dia disuruh cuti selama 2 hari. Takeshi memandang Nadz sambil tersenyum,lalu Nadz menggerakkan mulutnya mengucapkan terima kasih. Hanna dan Nisa mengiringi Nadz,Mai menjadi tukang bawa barang mengikuti mereka. "adoi,adoi,perlahan.." kata Nisa yang memang mudah kesakitan. "im so tired," kata Hanna, "it's almost midnight..are you alright Nadz?" sambungnya. Nadz tersenyum lalu berkata,"c'mon guys,is that all what you got?haha," kata Nadz mengusik. "excuse me,may i?" kata Takeshi lalu mengangkat tubuh Nadz seperti mengangkat 'dummy'. Hanna,Mai dan Nisa memandang taksub terhadap kekuatan Takeshi. "ish..ish..bahaya ni," kata Nisa berbisik kepada dua orang kawannya.

Baru sehari Nadz berkurung di bilik,dia berasa sungguh bosan. Takeshi pula sibuk dengan kerja rumah. Nadz berjalan perlahan menuju ke arah 'library' mereka yang berdepanan dengan bilik mandi. Dia pun membaca komik tanpa menutup pintu. Tiba-tiba keluarlah Takeshi yang cuma memakai tuala menampakkan tubuhnya yang sasa. Nadz terus menutup mukanya dengan komik,ditolehnya Takeshi yang masih tercegat memandangnya Nadz. "you should stay in your room,kata Takeshi. Nadz menangguk sambil beristighafar. Pada pukul 4.00 petang, Hanna datang membawa khabar yang agak baik,"Takeshi,we already found the address of the person that you're looking for," kata Hanna. Takeshi gembira lalu memandang wajah sedih 4 orang wanita dihadapannya. "dont worry,we can do it later," kata Takeshi sambil menyimpan kertas tadi ke dalam poket begnya. "are you sure?" tanya Mai. Takeshi mengangguk gembira.

Besuk adalah hari cuti,mereka berempat bercadang untuk membawa Takeshi ke pantai Muara. Setelah tiba di sana,ramai pelawat memandang Takeshi dengan rasa hairan. Mereka berlari ke arah air sambil menyiram Takeshi. Nadz memerhatikan mereka sambil menyediakan makanan. "d'you guys want to know something? I really love four of you and wish i could stay here forever," kata Takeshi. Hanna yang memang sensitif terus mengalirkan air mata tapi segera memalitnya,Nisa dan Mai cuma memandang jauh ke laut menahan rasa di dada. Takeshi kemudian berlari ke arah Nadz diikuti mereka bertiga. Hanna kemudian mengambil gambar mereka berlima. Setelah menikmati hidangan,mereka berlima berbaring di atas pasir sambil memandang matahari terbenam. Takeshi kemudian bertanya apakah benda buatan Jepun yang mereka mahu,mereka berempat menjawab,"we want Takeshi," lalu Takeshi ketawa mendengar jawapan mereka. "Takeshi?" kata Takeshi dengan loghat Jepunnya. Mereka pun tertawa beramai-ramai. "Takeshi?" suara lain tiba-tiba muncul.

Mereka berempat memandang Takeshi bersama seorang wanita Jepun yang cantik. "itulah orang dicari oleh Takeshi,aku sengaja menelefon wanita itu agar datang kemari. Tiba-tiba Takeshi datang lalu memberitahu yang di terpaksa bertolak ke Jepun hari itu juga. Hanna,Mai,Nadz dan Nisa terkejut,"what about your things?" tanya Nisa. "you can keep it," kata Takeshi lalu tunduk memberi hormat. Nisa yang tidak sukakan perpisahan terus menangis,yang lain terpaksa menenangkan Nisa. Nadz juga mengalirkan air mata ,diikuti yang lain.

"siapa lelaki yang mengiringi wanita tadi?" tanya Nisa apabila tiba di flat,yang lain menggelengkan kepala. Tiba-tiba pintu diketuk,Mai segera membukanya. Mereka menyangka itu adalah Takeshi tetapi bukan. "sorry miss,i come here to pick master Takeshi passport. Can you give it to me?" tanya wanita yang mereka temui di pantai tadi. Hanna terkial-kial memberi beg tersebut. Setelah menerima beg itu,wanita tadi terus tunduk memberi hormat. "master?" kata Nisa,membuatkan mereka kehairanan.

Setelah dua bulan ketiadaan Takeshi,mereka menjalani kehidupan seperti biasa. "ding dong," bunyi loceng rumah. Mereka terkejut meliat bungkusan besar dari Jepun. "apakah ini?" tanya mereka sesama sendiri. "sila tandatangan di sini,terima kasih,"kata posmen tadi lalu pergi. Mereka terkejut melihat sebuah robot di hadapan mereka. Lalu Nadz mencapai dvd di sisi robot tersebut kemudian memainkannya.
"hello princesses! Its me Takeshi,im sorry for leaving all of you without a proper manner,today im going to give my latest invention. He'll do the chores for you. I hope you'll enjoy it. Goodbye,see you next month,13th may?."
Mai berlari ke arah calendar,lalu berteriak kegembiraan kerna 13 mei dalam 5 hari lagi. Mereka berempat segera menghidupkan robot tersebut. "hello Hanna,Mai,Nadz and Nisa,my name is..Hitotsu Dake"

~~the end~~

Sunday 10 April 2011

A red Kijang seized the traffic

My heart had beaten fast when i saw a red Kijang moving slowly in front of me. I took a quick brake since i drove my car 80 km/h. I shut my eyes in terror,afraid if my Carrens Kia might gives her a 'deadly kiss'. Slowly my eyelips opened and joy filled the atmosphere. I'm safe! I glanced at my car side mirror and shocked to saw a very long que at my back. Angry faces inside their handsome cars. After 10 minutes driving in depression the red Kijang suddenly turned left,to the oil station. With this great opportunity we hasten up our speed and reached the destiny just in time. Phew! :)

Tuesday 5 April 2011

Sayangilah kanak-kanak 1

Aku berasa sungguh terkilan dan bersedih dengan kejadian yang menimpa seorang kanak-kanak yang terbunuh secara tidak sengaja. Aku tertanya-tanya mengapa kejadian ini berlaku? Sedangkan dunia semakin moden ditambah dengan ilmu pisikologi yang cukup. Di mana kurangnya?

Kadang-kadang bukan salah undang-undang mengharamkan rotan,bukan salah guru mahu muridnya menjadi orang berguna,bukan salah ibubapa yang seakan melepaskan 'beban' kepada pihak sekolah. Bukan juga kesalahan murid yang lumrahnya memang semulajadi nakal. Wahai saudara dan saudari sekelian,kecil mahupun besar,tua mahupun muda, jika mengajar anak tentulah hadnya. Biar sakit kerongkong memberi nasihat. Biar sakit hati menahan kemarahan. Biar sakit kepala melayan kenakalan tetapi janganlah dipukul kanak-kanak itu seperti binatang.

Tidak kamu kasihan melihat tubuh yang lemah itu bengkak dan patah? Tidakkah kamu akan berasa sungguh berdosa jika tubuh kecilnya kaku kerana terbunuh disebabkan akal dikawal nafsu.

Friday 1 April 2011

Selamat datang orang baru

Aku berasa sungguh berdebar-debar pada masa ini. Terasa bagai ada kupu-kupu berterbangan dengan riang dan gembira di perutku. Mungkinkah orang lain juga berasa begitu? Senyuman gemuruh terukir di bibirku. 'Selamat datang orang baru', bisik hati kecilku. Dengan jari terketar-ketar di sini aku ingin mengundur diri. Diharap notaku yang ringkas sebagai ucapan perkenalan dapat diterima sebaiknya. Sekian terima kasih.