Tuesday 5 April 2011

Sayangilah kanak-kanak 1

Aku berasa sungguh terkilan dan bersedih dengan kejadian yang menimpa seorang kanak-kanak yang terbunuh secara tidak sengaja. Aku tertanya-tanya mengapa kejadian ini berlaku? Sedangkan dunia semakin moden ditambah dengan ilmu pisikologi yang cukup. Di mana kurangnya?

Kadang-kadang bukan salah undang-undang mengharamkan rotan,bukan salah guru mahu muridnya menjadi orang berguna,bukan salah ibubapa yang seakan melepaskan 'beban' kepada pihak sekolah. Bukan juga kesalahan murid yang lumrahnya memang semulajadi nakal. Wahai saudara dan saudari sekelian,kecil mahupun besar,tua mahupun muda, jika mengajar anak tentulah hadnya. Biar sakit kerongkong memberi nasihat. Biar sakit hati menahan kemarahan. Biar sakit kepala melayan kenakalan tetapi janganlah dipukul kanak-kanak itu seperti binatang.

Tidak kamu kasihan melihat tubuh yang lemah itu bengkak dan patah? Tidakkah kamu akan berasa sungguh berdosa jika tubuh kecilnya kaku kerana terbunuh disebabkan akal dikawal nafsu.

No comments:

Post a Comment